Satu Rahsia...

Assalamualaikum..dan salam..sejahtera,
     moga sihat adanya...


Saya ingin berkongsi satu rahsia. Nak tahu tak rahsianya?



CARA MUDAH UNTUK MENCARI JUZUK DALAM AL-QURAN 

Formulanya:


1. (Juzuk yang dicari - 1) x 2 = Jawapan
2. Jawapan tadi ditambah 2 dibelakang (bukan + 2 tapi letakkan je no 2)


Jom kita cuba!!


Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
((5-1) x 2) = 8, letak no 2 selepas 8


5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82


Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?




Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
((10-1) x 2) = 18, letak no 2 selepas 18


10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182




Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
((23-1) x 2) = 44, letak no 2 selepas 44


23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanaallah.....Marilah bersama-bersama beramal...



No comments: