Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum..

Sudah lama aku tak update entry dalam blog. Dengan kesempatan dan keluangan masa yang Allah berikan padaku hari ini. Aku nak ucapkan:


      Esok akan bermulalah 1 Muharam 1435. Tahun baru bagi semua umat Islam. Dalam tahun 1434 mesti bermacam-macam ragam, ujian yang Allah turunkan kepada kita dalam menempuh dunia yang fana ini. And Alhamdulilah kita dapat tempuh ujian itu dengan sebaik. Mudah-mudahan pada tahun baru ini hari-hari yang kita lalui akan lebih diberkati oleh Pencipta kita iaitu Allah Taala.

    Kita hanya hamba yang diberi peluang untuk hidup di dunia yang suatu hari nanti akan dimusnahkan oleh Allah. Tika itu, pintu taubat untuk hambaNya akan tertutup. Sementara ada waktu ini, berubahlah ke arah kebaikan. Ajal kita bila-bila masa akan datang. Jadi, make sure bila Malaikat Izrail datang nak cabut nyawa kita IMAN dalam hati kita kukuh dan utuh. 

   Pada tahun baru ini, buka buku baru. Buka lama kita tutup dan buang jauh segala keburukan dan dosa-dosa lama kita. Akhir kata, maafkan salah silap jika hasil karya aku dalam blog ada yang mengguris hati. Manusia tidak pernah sempurna tetapi kita kena usaha untuk menjadi sesempurna yang boleh.

Wassalam,
Ilal Li Qoq

3 comments:

Nur Raedah said...

salam maal hijrah afiqah.. <3

AfiZiqHaMia said...

Salam Maal Hijrah juga..Raedah
Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun sebelumnya..

Nur Raedah said...

In shaa Allah.. tahun baru, azam baru...