<< Sakit Itu Rahmat

Bismillah..

Eemm.. betul ke sakit itu rahmat? takkanlah. Apabila sakit menimpa kita susah untuk kita melakukan sesuatu perkerjaan.
Adakah sakit itu rahmat?

Jawapan ialah YA..

Kenapa?

Cuba kita renung-renungkan apabila kita sakit kita minta siapa yang sembuhkan kita.
Semestinya ALLAH kan. It mean when we were sick of course ALLAH is in your mind right.
Allah juga lah yang mendatangkan sesuatu penyakit itu dan ALLAH jugalah yang menyembuhkan penyakit itu. Ya sememangnya benar sakit itu rahmat. Apabila kita sakit kita akan mengingati ALLAH di samping dapat mendekatkan diri kita kepada Pencipta kita. Mungkin kerana kesibukan bekerja atau belajar kita terlupa akan ALLAH disebabkan itu Allah timpakan kita kesakitan kepada hambanya yang lemah.

Sebagai hamba Allah yang lemah kita perlu bersyukur dan reda dengan dugaan yang menimpa kita. ALLAH mengetahui segala-galanya. Pasti ada hikmah yang tersembunyi yang ingin ALLAH tunjukkan kepada kita. Sesungguhnya orang yang sabar akan mendapat sesuatu yang tanpa diduga olehnya. Waallahualam.


Ilal li qoqo..

No comments: