"JeReBu"

 
 
''Ya ALLAH..sesungguhnya aku merindui keindahan alam yang dicipta olehMu untuk hamba yang hina ini. Kecantikkan itu mengingatkan aku tentang kekuasaanMu Ya Rabbi.''
 
Matahari pada beberapa hari ini sukar dilihat walaupun cahayanya sudah menjalankan tugas untuk menerangi dunia ini. Aku mendongak ke langit mencari manakah perginya matahari itu. Namun aku baru tersedar bukan sahaja matahari tetapi awan yang bergompal-gompal pun sukar untuk dilihat. Ya Allah mana perginya keindahan itu. Aku meneliti di sekeliling tempatku berdiri yang penuh dengan debu-debu dan asap yang memeritkan mataku. Kini baru aku perasaan. Rupanya matahari serta awan yang hilang itu telah dikaburi oleh jerebu yang tebal. Adakah ini ujian atau bala yang ALLAH turunkan? persoalan itu sentiasa bermain-main dalam kotak fikiranku.
 
Semua orang di tempatku disarankan untuk memakai mask disebabkan keadaan jerebu yang semakin teruk berlaku di kawasan tempat tinggalku. Aku menangis di dalam hati kalanya. Aku bukan menangis kerana takut tetapi aku menangis kerana tika ini sukar untuk menghirup udara yang segar dan berkualiti untuk diriKu. Aku termenung seketika ketika melalui taman permainan yang dulu riuh dengan suara kanak-kanak bermain keseronokan. Tetapi kini tempat itu sunyi seperti tanah perkuburan sahaja. Hanya aku sahaja yang duduk di situ sambil melihat keadan jerebu yang semakin teruk. Tidak lupa juga mask yang dipakai daripada terhidu asap yang boleh menyesakkan nafas. 
 
Aku tetap berdegil ingin keluar melihat keadaan yang semakin kabur ini. Bukan kerana suka-suka tetapi aku ingin bermunasabahkan diri yang selama ini tidak ada kesempatan untuk melihat keindahan alam ini. Apabila jerebu berlaku barulah tersedar kelalaian aku. Ketika ini sukar untuk melihat keindahan itu. Beberapa hari yang lepas, aku ada membaca tentang punca jerebu ini.

Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.
Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.
Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.

Imej dari Riauterkini.com bertarikh 18 Jun 2013 menunjukkan kebakaran yang tidak mampu dipadamkan. Cuaca kering mengakibatkan pembakaran terbuka tidak terkawal turut memusnahkan ladang-ladang kelapa sawit yang sedia ada oleh kerana tanah wilayah tersebut adalah dari jenis gambut.

Imej dari Riauterkini.com bertarikh 19 Jun 2013 ini pula menunjukkan seorang petugas berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah ladang sawit.

Adakalanya adalah tidak adil untuk terus menuduh aktiviti pembakaran terbuka sebagai punca kerana musim kemarau dan kepanasan bumi di tanah gambut di sana mampu menyebabkan kebakaran dengan sendirinya.  Ini juga berlaku di beberapa kawasan dalam negeri Selangor. Siapa yang mahu membakar kebun sendiri seperti di atas?

Namun, Indonesia menyebut, aktiviti pembakaran terbuka turut melibatkan syarikat perladangan Malaysia dan Singapura. Karikatur di bawah menterjemahkan sindiran tersebut.

Dan sememangnya pembakaran terbuka untuk pembukaan tanah ada berlaku di Riau seperti imej tidak bertarikh di bawah :
Sehingga semalam, jumlah titik panas di Riau terus meningkat dari 123 empat hari lalu kepada 194 semalam, namun tiupan angin barat tidak membawanya ke Kuala Lumpur melainkan ke Melaka, Johor dan Singapura buat masa ini. Namun tiupan angin tersebut boleh berubah bila-bila masa kerana tiupan tetapnya dalam monsun ini ialah dari barat daya Maka dengan tepatnya ia mengarah ke Lembah Klang. Jadi? Bersedialah.


Mungkin apa yang berlaku ini pasti ada hikmahnya. Bagiku ini merupakan teguran ALLAH kepada hambaNya supaya tidak melupakan DIA. Mudah-mudahan bencana alam ini akan menjadikan diriku  hamba yang bertambah imannya. Tetapi ada sumber yang menyatakan ini merupakan tanda-tanda kiamat.  Ada sepuluh tanda-tanda hari Kiamat

           Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”.
Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“.
Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:


  • Asap,
  • Dajjal,
  • Binatang,
  • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  • Yakjuj dan Makjuj,
  • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
  • sekali di barat dan
  • yang ketiga di Semenanjung Arab
  • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R. Muslim)

 Sesungguhnya hanya ALLAH sahaja yang tahu tentang kebenaran ini. 

Sumber rujukan:
http://www.islam2u.net
http://fadmuh.blogspot.com

No comments: