Boleh buat maksiat dengan syarat......

Dalam kitab al-tazkirah fi Ahwal al- Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi, menceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat iaitu Ibrahim Adham.
Beliau bertanya apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat. Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:
''kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:
1. Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah
2. Jangan kamu tinggal dibumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhaka kepadaNya.
3. Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak nampak akan kamu.
4. Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawaku,maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. sekiranya engkau dapat melakukan perkara itu, maka dipersilakan melakukan maksiat.
5.Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheret engkau ke neraka maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikuti nya. sekiranya engkau dapat berbuat demikian maka dipersilakan membuat maksiat.

Setelah mendengar kata-kata tersebut lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seseorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepadaNya. Akhirnya, lelaki itu menemui jalan hidayah. Dia bertaubat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi Hamba Allah yang soleh.


m


Hargailah setiap detik kehidupan

BISMILLAH....May ALLAH bless you all...AMIN

Hargailah setiap detik yang kita lalui dengan tabah dan bersabar walaupun susah untuk kita hadapi. Janganlah kita berputus asa dalam kehidupan ini kerana ALLAH tidak akan menolong orang yang berputus asa. tidak kira dalam pelajaran ke atau hal - hal lain.

Sekarang negara kita hot sangat dengan gejala zina yang semakin hari semakin meningkat terutamanya dalam kalangan remaja yang berbangsa Melayu. Padahal mereka semua ini beragama Islam mungkin perkara ini berpunca dengan kurangnya didikan agama dalam kalnagan remaja zaman sekarang. Mungkin remaja zaman sekarang ini terdedah dengan teknologi yang moden dan menganggap perkara zina itu perkara yang biasa. Nauzubillah..dengan zina juga menyebabkan ramai bayi yang lahir tidak keturunan dan tidak sah tarafnya.
       Mungkin inilah tanda hari kiamat semakin menghampiri kita semua kerana tanda-tanda kiamat zina berleluasa. So kita perlu menghabiskan sisa hidupan ini untuk menuju ke jalan yang benar. walaupun kita tidak mengetahuai bila kiamat atau hari kematian kita tetapi kita mengira amalan kita sama ada ke syurga atau neraka. Mudah-mudahan ke SyurgaNya. Amin.......
        hargailah setiap detik, minit,saat dalam kehidupan terutamanya remaja yang masih belajar. ''BELAJARLAH HINGGA KE LUBANG LAHAD"..



'' Rintihan Seorang Khalifah''

Kicauan burung bernyanyi merdu penuh syahdu tanpa rasa segan selu. Pada pagi yang indah lagi nyaman suasana menyegarkan daku sebagai manusia yang penuh dengan dugaan. Rintihan hati yang menangis tak siapa yang tahu hanya tuhan yang Maha-Esa. KeindahanNya yang begitu unik dan istimewa untuk khalifah-khalifahNya.
  Mampukah kita menghadapi semua rintangan menuju ke jalan yang benar( Syurga)??
  Hanya kita sahaja yang mampu menaikkan semangat untuk terus maju ke hadapan menghadapi semua dugaan dengan sabar dan tabah. Tanamkan azam pada diri kita untuk terus menuju ke sana. Tidak ada yang bersenang lenang menuju kearah itu. Usaha,doa dan tawakal adalah kunci sesuatu kejayaan..Mudah-mudahan kita dapat berjalan kearah itu dengan penuh keimanan.<3