Pelangi Yang Dicari

                                                                                        
''Kadang-kadang ALLAH hilangkan matahari dan turunkan hujan berserta guruh dan kilat. Kita pasti akan menangis serta tercari-cari mana hilangnya matahari rupa-rupanya ALLAH nak turunkan pelangi kepada kita.''
   
 
Memang benar perumpamaan itu. Kadang-kadang ALLAH turunkan sesuatu bala atau dugaan yang sukar kepada kita. Pasti kita akan menangis, meminta kepadaNya supaya tabahkan hati  kita menghadapi sesuatu ujian itu. Apabila kita sudah tempuh ujian itu dengan sukses nanti pasti ALLAH akan bagi kita " present '' atau kebaikan yang kita tidak sangka-sangka kan.

Perkara itu sama seperti belajarkan? Bila kita berusaha pasti kita akan berjaya. Tetapi pasti ada tembok-tembok  yang menghalang kita untuk menuju puncak kejayaan. Jangan risau selagi ALLAH ada kita minta lah kepadaNya. Sesungguhnya Dia lah yang maha mengetahuai segala-segala kerana ALLAH telah merancang semua perkara didunia mahupun diakhirat. Semuanya sudah tercatat di  Luh Mahfuz. Jodoh, pertemuan, ajal semua sudah termaktub di Luh Mahfuz.

                                            

''Selagi kita letak ALLAH nombor satu dalam hati kita In Shaa Allah Dia akan bersama dengan kita. ''



 
                     

2 comments:

Nur Raedah said...

inshaa Allah...bersabarlah dngn dugaan yg diberi...

AfiZiqHaMia said...

betul tu..Kita manusia biasa..hamba yang hina. percaturan yang Allah susun untuk kita sangat indah pasti pada akhirnya akan ada kebaikan yang baik untuk kita. ^_^