Taubat


Dosa sang hamba,
Tiada terhenti perbuatannya,
Dek terbuai godaan dunia,
Yang hanya seketika.

Dosa sang hamba,
Tidak pernah lepas dari hamba,
Kerna terlupa tujuannya,
Dilahirkan di dunia fana.

Dosa sang hamba,
Adakah pengampunan darinya,
Merintih setiap dosa,
Yang tak pernah luput dari minda.

Dosa sang hamba,
Akan terpadam jua,
Kerna Allah kasih akan hambanya,
Percayalah wahai sang hamba.

Yeah..Ramadan kau datang lagi...!!!


Bismillah...

     Assalamualaikum buat semua pembaca blog ini. Alhamdulillah pada hari yang penuh mulia dan bulan yang sentiasa ditunggu oleh semua umat Islam akhirnya diberi kesempatan untuk menulis lagi setelah sekian lama tak post apa2 entry...selama 2014...

Saya nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadan ALMubarak pada tahun ini dan


  • Semoga ibadah puasa pada tahun ini dilaksanakan lebih baik dari tahun lepas...
  • Banyakkan membuat amalan2 yang disuruh oleh Allah..
  • Elak daripada bercakap perkara yang mungkar..


Marilah rebut peluang keemasan. Kita sepatutnya bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk merebut peluang pahala yang akan dilipatgandakan pada bulan puasa ini.

Amin..
Wassalam...