Boleh buat maksiat dengan syarat......

Dalam kitab al-tazkirah fi Ahwal al- Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi, menceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat iaitu Ibrahim Adham.
Beliau bertanya apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat. Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:
''kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:
1. Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah
2. Jangan kamu tinggal dibumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhaka kepadaNya.
3. Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak nampak akan kamu.
4. Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawaku,maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. sekiranya engkau dapat melakukan perkara itu, maka dipersilakan melakukan maksiat.
5.Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheret engkau ke neraka maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikuti nya. sekiranya engkau dapat berbuat demikian maka dipersilakan membuat maksiat.

Setelah mendengar kata-kata tersebut lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seseorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepadaNya. Akhirnya, lelaki itu menemui jalan hidayah. Dia bertaubat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi Hamba Allah yang soleh.


m


No comments: