Alkisah terdapat sebuah kerajaan pada suatu ketika dahulu yang telah diperintah oleh seorang gabenor yang sangat alim dan warak.Kebajikan dan kemajuan negara tersebut terus dijaga dan dijamin bagi memastikan kesinambungan Islam di negara tersebut.
Namun,sememangnya manusia
itu mudah lupa dan mudah kufur terhadap nikmat yang diberikan oleh Allah
S.W.T.Bertepatanlah dengan ayat Al-Quran yang selalu kita baca
mafhumnya:
"Sedikit sahaja kamu bersyukur"
Oleh
kerana lalai dengan nikmat kuasa memerintah yang telah dikurniakan oleh
Allah SWT,maka gabenor tersebut mula mengabaikan kebajikan rakyat hatta
kedudukan Islam di negara tersebut.Pesta arak dan seks bukan sahaja
semakin berleluasa malah dianjurkan lagi pula.
Nak
dijadikan cerita,pada suatu malam gabenor tersebut telah mengadakan
pesta arak dan seks di pusat pentadbiran kerajaan itu.Acara maksiat itu
mendapat sambutan yang menggalakkan oleh kakitangan dan pegawai di
situ.Maka berlakulah apa yang tidak patut berlaku di situ.
Dalam
masa yang sama,terdapat seorang ulama dan 2 orang anak muridnya sedang
beruzlah dalam sebuah gua akibat tidak tertahan melihat maksiat yang
berleluasa di negara tersebut.Tiba-tiba sahaja ulama itu berkata
"wahai
anak muridku,sesungguhnya aku tidak sanggup hal ini berlarutan.Oleh itu
menjadi kewajipan kepada kita untuk menghentikan maksiat ini."
Maka
bergeraklah mereka bertiga menuju ke pusat pentadbiran gabenor
tersebut.Setibanya mereka bertiga di sana,ulama tersebut berkata kepada
pengawal yang bertugas di situ,
"Wahai
pengawal,tolong sampaikan pesanan kepada gabenor mengatakan bahawa aku
menyuruhnya supaya menghentikan semua ini dan bertaubat dengan segera"
Pengawal tersebut berlalu dan menyampaikan pesanan tersebut kepada gabenor.
"Tuan gabenor,ada seorang ulama mengarahkan tuan supaya menghentikan majlis ini"
"Ah!kau cakap kepada dia lebih baik dia berambus dari sini!kalau tak,kau pancung sahaja kepala mereka bertiga!"
Pengawal
tersebut kembali kepada ulama dan menyatakan arahan daripada gabenor
tersebut.Kemudian,ulama kali ini menegaskan arahannya,
"Sekiranya dia tidak menghentikan majlis ini,beritahu dia bahawa kami akan membunuhnya dengan PEDANG MALAM"
Pengawal tersebut terkial-kial menuju ke gabenor sambil memikirkan apa itu pedang malam.
"Tuan,mereka kata kalau tuan tak mahu hentikan,mereka akan membunuh tuan"
"Dengan apa mereka nak bunuh aku?mereka ada bawa senapang ke?bazooka?..takutnya..haha!"
"Entahlah tapi mereka kata mereka akan menggunakan PEDANG MALAM,mahukah tuan agar aku membunuh mereka dengan pedangku ini?"
Gabenor tersebut terkejut lalu tersemburlah arak yang baru sahaja di teguknya seraya berkata:
"Kepala kau!Sudah!!!Hentikan semua ini,aku sudah banyak buat dosa.Aku mahu bertaubat.Tidakkah engkau tahu bahawa PEDANG MALAM itu ialah.....
....BERDOA PADA TENGAH MALAM DENGAN KESUNGGUHAN YANG TINGGI
SEHINGGAKAN
TANGAN MEREKA YANG BERDOA ITU TERANGKAT TINGGI KE ARAH LANGIT
MENANDAKAN MEREKA MENGHARAPKAN SANGAT PERTOLONGAN ALLAH.KETIKA ITU,TIADA
YANG MUSTAHIL BAGI DOA SESEORANG UNTUK DIMAKBULKAN DENGAN IZINNYA...
pentingnya
amalan qiamullail dalam kehidupan seharian kita sebgai seorang hamba
yang sememangnya hanya perlu mengharapkan Allah sebagai tempat
pergantungan kita..Wallahua'lam..
Dipetik daripada:
http://musafircinta93.blogspot.com/2011/12/tahukah-anda-tentang-senjata-umat-islam.html
No comments:
Post a Comment