Kicauan burung
bernyanyi merdu penuh syahdu tanpa rasa segan selu. Pada pagi yang indah
lagi nyaman suasana menyegarkan daku sebagai manusia yang penuh dengan
dugaan. Rintihan hati yang menangis tak siapa yang tahu hanya tuhan yang
Maha-Esa. KeindahanNya yang begitu unik dan istimewa untuk
khalifah-khalifahNya.
Mampukah kita menghadapi semua rintangan menuju ke jalan yang benar( Syurga)??
Hanya kita sahaja yang mampu menaikkan semangat untuk terus maju ke
hadapan menghadapi semua dugaan dengan sabar dan tabah. Tanamkan azam
pada diri kita untuk terus menuju ke sana. Tidak ada yang bersenang
lenang menuju kearah itu. Usaha,doa dan tawakal adalah kunci sesuatu
kejayaan..Mudah-mudahan kita dapat berjalan kearah itu dengan penuh
keimanan.<3
No comments:
Post a Comment