Taubat


Dosa sang hamba,
Tiada terhenti perbuatannya,
Dek terbuai godaan dunia,
Yang hanya seketika.

Dosa sang hamba,
Tidak pernah lepas dari hamba,
Kerna terlupa tujuannya,
Dilahirkan di dunia fana.

Dosa sang hamba,
Adakah pengampunan darinya,
Merintih setiap dosa,
Yang tak pernah luput dari minda.

Dosa sang hamba,
Akan terpadam jua,
Kerna Allah kasih akan hambanya,
Percayalah wahai sang hamba.

Yeah..Ramadan kau datang lagi...!!!


Bismillah...

     Assalamualaikum buat semua pembaca blog ini. Alhamdulillah pada hari yang penuh mulia dan bulan yang sentiasa ditunggu oleh semua umat Islam akhirnya diberi kesempatan untuk menulis lagi setelah sekian lama tak post apa2 entry...selama 2014...

Saya nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadan ALMubarak pada tahun ini dan


  • Semoga ibadah puasa pada tahun ini dilaksanakan lebih baik dari tahun lepas...
  • Banyakkan membuat amalan2 yang disuruh oleh Allah..
  • Elak daripada bercakap perkara yang mungkar..


Marilah rebut peluang keemasan. Kita sepatutnya bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk merebut peluang pahala yang akan dilipatgandakan pada bulan puasa ini.

Amin..
Wassalam...

"Saksikanlah..Keajaiban ALLAH"

                                      ASSALAMUALAIKUM..

Bismillah...

       Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi aku kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi ini lagi. Pada kesempatan ini aku nak cerita sedikit tentang keajaiban Allah yang kadangkala ramai yang tak tahu termasuk akulah tu...hehehe..

       Jika anda berasal dari Oklahoma, pasti anda sudah biasa dengan puting beliung (Tornadoes). Apa yang menariknya di Oklahoma, kita tidak mampu untuk meramal cuaca di sana walaupun dalam masa 5 minit. eperti yang kita semua tahu bumi mengalami 4 musim bagi sesetengah kawasan iaitu musim sejuk, panas, musim bunga dan musim luruh. Hebatnya ciptaan Allah S.W.T menciptakan bumi dengan pelbagai musim dan fenomena luar biasa. 

JOM kita lihat  fenomena apa yang unik  berlaku di bumi :

 

Halos:


Halos merupakan satu fenomena optical dimana terbentuk berdekatan matahari atau bulan pada cuaca yang sejuk. Ia terbentuk dari ketulan ais kristal . Terdapat banyak jenis Halos bergantung kepada penghasilan ais kristal. Pembiasan dan pantulan cahaya yang menyebabkan berlakunya pelbagai bentuk yang menarik.
 
Unikkan Ciptaan Allah..Subhanallah..nak tahu pasal lagi KLIK SINI
 
 
Aurora:


Aurora, satu lagi fenomena semulajadi yang sangat indah yang berlaku di kawasan latitude tinggi. Berlaku apabila perlanggaran particle yang bercas, cahaya cantik ini terhasil. Dikenali sebagai Aurora Borealis atau Northern Lights di Kutub Selatan manakala di Kutub Utara dipanggil  Aurora Australis atau Southern Lights.
 


Awan Mammatus:


Awan Mammatus merupakan fenomena yang sangat jarang berlaku. Awan ini berbentuk sangat unik dan berbentik sangat cantik seperti bentuk kantung di langit. Tapi awas, kerana awan ini merupakan satu petunjuk bagi ribut atau puting beliung. Menurut sumber, ia merupakan kombinasi antara air dan ais tetapi kebiasaannya berlaku daripada ais. 
 
Green Flash:


Fenomena ini berlaku sangat singkat, berlaku antara satu atau dua minit sahaja. Seperti yang dapat kita lihat, ada sesuatu cahaya terbentuk di atas permukaan matahari yang sedang terbenam atau matahri terbit. Green Flash ini boleh dilihat di ufuk.  
Unikkan Ciptaan Allah..Subhanallah..nak tahu pasal lagi KLIK SINI 
 

 Sekadar info dan perkongsian,
Wassalam..<3 




Perbanyakkan selawat

                                         ASSALAMUALAIKUM..
Bismillah..
Sempena hari Penghulu Segala Hari ini, aku nak kongsi sedikit ilmu untuk kita amalkan. Inshaallah mudah-mudahan ilmu ini memberi manfaat kepada kita didunia dan diakhirat kelak. Kita digalakan perbanyakkan selawat lebih-lebih lagi pada hari Jumaat. 
 Ilmu ini dikongsi dari FB PROF DR MUHAYA:
Bismillah pembuka segala bicara....
Surah Al-Ahzab, ayat 56:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormat.

عن أوس بن أوس رضي ٱلله عنه قال؛ قال رسول ٱلله صلى ٱلله عليه وسلم؛ إن من أفضل أيامكم يوم ٱلجمعة، فأكثروا علي من ٱلصلاة فيه، فإن صلاتكم معروضة علي. فقالوا يا رسول ٱلله، وكيف تعرض صلاتنا عليك وقد أرمت؟ قال: يقول: بليت، قال: إن ٱلله حرم على ٱلأرض أجساد ٱلأنبياء
رواه أبو داود وٱلنسائي ؤٱبن ماجه
Maksudnya: SesungguhNya hari tebaik kamu adalah hari jumaat. Maka padaNya perBANYAKkan SELAWAT ke atas Ku, krna selawatMu diPERLIHATkan kpd Ku.
Mrka bertanya: wahai Rasulallah, bagaiMana boleh selawat kami diperlihatkan kpdMu sdangkan Tuan tlah menjadi TANAH? Baginda menjawab: sesungguhNya Allah haramKan tanah utk memakan jasad para Nabi.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَىٰ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَىٰ آل سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَىٰ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيدٌ.
Wahai kekaseh Nabi, berselawatlah ke atas Baginda

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آلهِ سيدنا محمد، كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم، وبارك على سيدنا محمد وعلى آلهِ سيدنا محمد، كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين، إنك حميد مجيد

يا ربي بالمصطفى، بلغ مقاصدنا
واغفرلنا ما مضى، يا واسع الكرمِ
Maksudnya: Wahai Tuhanku demi kedudukan al-Mustafa (NabiSAW) di sisi Mu, sampaikanlan hasrat. Hasrat hati kami.
Ampunilah apa yg telah lalu, wahai Tuhan yg maha luas kurniaNya.


ِيا أكرَمَ الخلق مالي مَنْ أَلُوذُ به سِوَاكَ عندَ حلولِ الحادِثِ العَمِمِ
وَلَنْ يَضِيقَ رَسولَ الله جاهُكَ بي إذا الكريمُ تَحَلَّى باسْمِ مُنْتَقِم
ِ فإنَّ من جُودِكَ الدنيا وَ ضَرَّتها ومن علومكَ علمَ اللوحِ والقلم
ِيا نَفْسُ لا تَقْنَطِي مِنْ زَلَّة ٍ عَظُمَتْ إنَّ الكَبائرَ في الغُفرانِ كاللَّمَمِ
ِ يا رسول الله، يا حبيب الله
Sekadar bingkisan ilmu yang bermanfaat.. 
Wassalam..
 

Nak tahu satu rahsia tak !

                                                    ASSALAMUALAIKUM....
Bismillah..

    Hari ini aku nak share satu rahsia kepada reader..
    sini-sini dekat sikit..huhuhu 
    Rahsianya ialah 
                                                       ^
                                                       ^
                                                       ^
                                                       ^
                                                       ^
                                                       ^
                                                       ^
                                                       ^
                                                       ^
                                                       ^
                             Rahsianya ialah TIPS FOR ADDMATHS!!
                             Okey terlebih teruja pula..hahaha 

Entry ini khas untuk pelajar yang akan menghadapi SPM. Harap tips ini dapat membantu dan panduan kepada yang masih samar lagi atau tercari-cari cara nak lulus atau dapat A+ dalam subjek ini.

 Enjoy your reading beb !!      

INTRO FIRST:                                         

 Additional Mathematics terbahagi kepada 2 bahagian kertas; Paper 1 and 2. Paper 1 memberi markah sebanyak 80 markah dan paper 2 membawa markah sebanyak 100 markah. hasil P1+P2 = 180.

selalunya kebanyakkan sekolah memberikan markah lulus adalah 40 ke atas. di sini, penulis memberikan sedikit tips untuk lulus...jalan kepada menuju A (step by steps)



target separuh separuh

cuba kita target separuh; 180 / 2 = 90 markah. bila dijadikan peratus anda akan mendapat 50%. maka di sini anda perlu target untuk dapat 90 markah dari paper1 &2. pembahagian yang dibuat untuk setiap paper


Paper 1 (80 marks)
Paper 2 ( 100 marks)
Target skor = 80/2 = 40 marks

Conclusion = cuba target untuk dapat 40 marks di paper ini. Untuk paper 1 anda kena kuasai semua tajuk kecuali 2 tajuk di tingkatan 5. (rujuk jadual seterusnya)
Target skor = 100 / 2 = 50 marks

Conclusion = cuba target untuk dapat 50 marks di paper ini.
(40 + 50 )   x  100%  = 50%
                                                               180     
Anda lulus…syabas!!!

untuk paper 1 kena berusaha sket, banyakkan buat latihan...untuk Paper 2..ni yang seronok, anda boleh buat analisis mana yang anda nak jawab ..boleh rancang daripada sekarang untuk kemenjadian di masa hadapan.


Paper 2
Kita target sekurang-kurangnya 50/100 (separuh markah) untuk lulus
Section A (40 marks)
Answer all questions (7 Q)
Section B (40 marks)
Answer 4 from 5 questions
Section C (20 marks)
Answer 2 from 4 questions
Tajuk yang biasanya keluar
  1. Simultaneous equation
  2. Vector
  3. Statistics
  4. Trigonometry
  5. Progression
  6. Differentiation

Tajuk yang biasa keluar
  1. Linear law
  2. Trigonometry
  3. Circular measure
  4. Geometry coordinate
  5. Integration
Tajuk yang disoal hanya akan ditanya pada section ini sahaja.
  1. Solution of triangle
  2. Index law
  3. Motion along a straight line
  4. Linear programming
Cadangan pilihan:
Cadangan pilihan:
Cadangan pilihan :
1. Simultaneous Equation (F4)
-5 marks
(mesti , mesti dan mesti mahir dan mesti dijawab…)
1. Linear Law (F 5)
- 10 marks
(dengan mudah anda akan dapat 10/10; bandingkan soalan setiap tahun, hamper sama ; lukis graf )
1. Solution Of Triangle (F 4)
– 10 marks
(semua senang; mahirkan ambigious case atau kes berambiguiti dari segi melakar segitiga)
2. Statistics (F4)
-___ marks
(section ini antara yang digemari oleh pelajar, mudah untuk dikuasai.Cuba kuasai lukis graf frequency polygon, histogram, ogive, mencari nilai interquartile range and median using formula, variance and standard deviation …)
2. Coordinate Geometry (F 4)
- 10 marks
(advantages kerana anda belajar juga sedikit dalam Mathematics tajuk The Straight Line; faham konsep ia akan menjadi mudah)
2. Index Number (F 4)
– 10 marks
(setiap tahun bentuk soalan sama sahaja)
3. Vector (F5)
-___ marks
(boleh dikuasai dengan mudah)
3. Circular Measure (Form 5)
-10 marks
(jika anda faham konsep asas yang anda belajar masa PMR, anda dengan mudah boleh jawab soalan di bahagian ini)
4. Differentiation (F4)
4. Trigonometry (F 5)
-10 marks            
(cuba bandingkan soalan setiap tahun, lebih kurang sama, soalan prove simple sahaja dan lakar graf pun mudah)
Conclusion – cuba skor (5+15)/40
(mengapa ada 5 +..ini kerana soalan pertama, tajuk simultaneous equations adalah seperti pernyataan di atas)
Conclusion = cuba skor sekurang-kurangnya 25/40
(penulis tahu ada sebilangannya mampu dapat lebih daripada itu 40/40 atau 50/40…cuba usahakan)
Conclusion = cuba skor 20/20.
Total =20
Total = 25
Total =20
Total = 20+25+20
= 65
Kita target sekurang2nya 50/100 tetapi anda telah dapat 65/100. Syabas, anda telah lulus… cuba target untuk dapat A pula.


Anda mahirkan 2 tajuk form 4 ini, anda akan dapati ianya cukup mudah dan jika anda tak belajar atau menguasai tajuk form 5; Motion Along A Straight Line & Linear Programming pun takda masalah kerana ianya pilihan dan tidak akan disentuh pada bahagian yang lain malah Paper 1 . ini bermakna anda jimat masa untuk tinggalkan 2 tajuk F5 tersebut.

jika kita kira di atas,

(40 + 65 )/180 x100 = 58 % ..

...nah..anda telah lulus...usaha lagi untuk menuju A+

jadi lakukan yang terbaik untuk diri anda

untuk lulus...jalan menuju A, anda perlulah melaksanakan beberapa tips:

1. beli buku soalan past year dan buat...wajib anda lakukan...bila nak mula...sekarang juga...yang baru naik tingkatan 4 cepat2 beli buku ni, yang bakal naik tingkatan 5, masih ada masa nak beli, yang bakal menghadapi SPM tak lama lagi, masih ada masa yang belum mencemburui anda
2. kuasai perkara asas dalam matematik. jangan segan silu bukan buku PMR. UPSR dan sebagainya. ramai yang tak mampu jawab kerana lemah basic things in mathematics.

elakkan daripada menjadi "pakar" yang sesat

3. latihan, latihan, latihan dan latihan...jangan tinggal walaupun anda dah jadi pujaan kawan2 kerana anda pakar dalam Additional Mathematics...ini saja formula untuk kuasai matematik


practice make  perfect


jalan menuju kegagalan


4. faham kehendak soalan...ramai yang garu kepada and merungut2 ape yang soalan ni nak...baca dengan teliti...elakkan daripada kecuaian semasa menjawab (careless adalah musuh paling bahaya bagia semua orang ..tambah-tambah mereka yang dah pakar Additional Mathematics )
kefahaman yang tersasar jauh
5. bila menggunakan formula, jangan segan silu untuk rujuk formula yang diberi di halaman formula...ramai yang tersalah menulis formula kerana over confident
anda faham ke apa yang anda lakukan???
6. jangan tinggalkan kosong..cuba sehabis mungkin...tak kisah la jika anda tak pasti dengan apa yang anda lakukan...tulis jawapan dengan jelas dan jangan lupa solution steps
5. sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH SWT 


Dikongsi dari blog: http://tanpadiriku.blogspot.com/2010/11/additional-mathematics-cara-nak-lulus.html

Sekadar perkongsian ilmu sahaja,
Wassalam...
 


Nak berjaya kena susah dulu!!

Assalamualaikum...

Malam ini aku nak kongsi sedikit. Tentang apa?

Tajuk dekat atas itulah...huhuhu.Jangan marah. Gurau je.

Situasi ini mungkin kita pernah dengar atau lihat atau kita sendiri yang buat:


Orang 1:Pehal dia boleh dapat straight A eh? alah dia memanglah rajin. Aku ni pemalas.

Orang 2 : Kau pandai boleh lah kau cakap senang.

Orang 3: kau kan rajin tak macam aku. Lagipun apa kau baca cepat je tangkap.

Ketiga-tiga situasi di atas cuba kita baca balik. Kebanyakkan mereka tahu kelemahan diri tetapi kenapa tak nak berusaha untuk jadi rajin atau bijak seperti mereka. And lagi satu mereka lebih memuji orang lain daripada diri sendiri. Bukankah apa yang kita ungkapkan itu suatu doa. Kenapa kita tidak mendoakan diri sendiri? orang lain kita doakan tetapi diri sendiri diabaikan.

Berkaitan tajuk di atas:

 NAK BERJAYA KENA SUSAH DULU!!. 

Ya. Memang betul. Tak percaya cuba tanya pelajar cemerlang. Ada tak diorang duduk termenung tunggu kejayaan datang. Mesti tak kan. Diorang akan belajar dan belajar dan doa dan doa dan akhir sekali tawakal kepada Allah. Siang malam belajar. Itulah cara mereka. Jangan terlalu cepat mengalah. Selagi kita belum masuh dewan peperiksaan selagi itu luang masa untuk melakukan anjakan paradigma masih cerah.

Believe Your Self!!

Kita dilahirkan di dunia merupakan suatu kemenangan. Sebab apa??

Sebab beribu-ribu sperma merebut untuk bercantum dengan ovum tetapi hanya satu yang akan berjaya. Siapa??

Kita lah. 

Manusia yang hidup di dunia ini. And lagi satu jangan lupa Allah  keluarkan kita ke bumi untuk menjadi seorang hamba dan khalifah di bumi ini. Jangan kita pernah lupa dengan janji kita dengan Allah. 
 Tapi yang pasti. Setiap orang ada kelebihannya ada kemahiran ada bakat yang Allah berikan kepada kita. Jadi, kita kena usaha untuk cari semua itu. 

 
Sumber: GOOGLE

Nasihat untuk diri sendiri juga...
Waalaikumussalam,
Ilal Li Qoq.







Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum..

Sudah lama aku tak update entry dalam blog. Dengan kesempatan dan keluangan masa yang Allah berikan padaku hari ini. Aku nak ucapkan:


      Esok akan bermulalah 1 Muharam 1435. Tahun baru bagi semua umat Islam. Dalam tahun 1434 mesti bermacam-macam ragam, ujian yang Allah turunkan kepada kita dalam menempuh dunia yang fana ini. And Alhamdulilah kita dapat tempuh ujian itu dengan sebaik. Mudah-mudahan pada tahun baru ini hari-hari yang kita lalui akan lebih diberkati oleh Pencipta kita iaitu Allah Taala.

    Kita hanya hamba yang diberi peluang untuk hidup di dunia yang suatu hari nanti akan dimusnahkan oleh Allah. Tika itu, pintu taubat untuk hambaNya akan tertutup. Sementara ada waktu ini, berubahlah ke arah kebaikan. Ajal kita bila-bila masa akan datang. Jadi, make sure bila Malaikat Izrail datang nak cabut nyawa kita IMAN dalam hati kita kukuh dan utuh. 

   Pada tahun baru ini, buka buku baru. Buka lama kita tutup dan buang jauh segala keburukan dan dosa-dosa lama kita. Akhir kata, maafkan salah silap jika hasil karya aku dalam blog ada yang mengguris hati. Manusia tidak pernah sempurna tetapi kita kena usaha untuk menjadi sesempurna yang boleh.

Wassalam,
Ilal Li Qoq